Isnin, 5 Mei 2014

Allah Simpan Yang Terbaik

Errmm.. So, ya.

Toleh kanan, toleh kiri. Semua sudah berpasangan. Aku? (senyum)

"Tak apa, Allah kan sudah janji yang baik, untuk yang baik begitu juga sebaliknya."

"Kau ni, nak bujang sepanjang masa ke? Umur dah makin bertambah ni kak."

Macam-macam kita dengar daripada mulut orang. Kita? Senyum kan aje lah!

Tipu la kan kalau kau cakap, kau tak ada perasaan pada orang lain. Hey, bukan maksud berperasaan-perasaan sesama jantina pulak. hehe.

(Tarik nafas. Tahan. Lepas. Senyum) So, bila soal kahwin atau berpasang-pasangan semua orang sukakan? Tapi, bukan semudah kau lafaz akad. Sah jadi suami. Sah jadi isteri. Bukan semudah itu ya kak.

Semua soal PERSEDIAAN.

"Aku dah bersedia la. InsyaAllah, zahir batin aku dah sedia."

Hamboih! Konfiden tahap dewa gitu. hehe.

Btw, sebagai seorang jiwa wanita seperti aku. Ofkos, kau pon teringinkan nak jadi isteri solehah. Ibu mithali. kan? (senyum)

Tapi, itulah tak payah nak berangan la kan kalau waktu solat kau pon tak terjaga. Bacaan kau pon tunggang langgang lagi. Tajwid bertabur. Urus masa pon tak betul. Diri sendiri pon tak terurus lagi. Allah. Malu. Boleh ke didik zuriat kau nanti?

Kemon lah. Tanggungjawab kau dengan Mak Ayah pon belum lagi sempurna. Kau dah nak pikul tanggungjawab sebagai suami isteri? huhh.. (berpeluh fikir).

"Alah, aku nak kahwin pon sebab tak nak buat maksiat. Tak nak dating sana-sini lagi."

Betul apa kau cakap. Tapi, tanya lah pada iman baik-baik. Bawa berbincang. Fikir baik-baik. Mintak pada Tuhan pilihkan yang terbaik.

Jodoh. Semua tentang rahsia. Allah je tahu. Beruntung andai kau diantara hamba yang Dia pilih, yang dipermudahkan jalan perkahwinan. Datang tanpa kau sangka. Tanpa kau tidak terfikir langsung akan berkahwin di usia muda macam aku nih. hehe.

Bagi aku, paling penting bila soal berumahtangga adalah persediaan. Cukup kau persiapkan diri macam mana kau nak jumpa Pencipta kau nanti. Itu lebih baik. Allah kasih pada hamba yang bersungguh-sungguh ke jalanNya.

Positifkan diri. Bila mana kau nak buat baik. Kau nak perbaiki diri jadi lebih baik. Mintak pada Allah, seperti mana kau usaha jaga iman kau, begitu juga macam mana bakal imam atau makmum kau jaga iman dia. InsyaAllah, bersangka baik. Apa yang penting, berilah yang terbaik, kau akan dapat yang terbaik juga.

Walaupun kau pernah jadi jahat. Buat maksiat bertimbun-timbun. Kau masih layak untuk rasa bahagia. Masih layak untuk dapatkan yang terbaik. Tapi.. Tapi.. Tapi..! Mestilah kau betul-betul sudah bertaubat. Kalau kau masih di takuk lama. Syok buat dosa. Buat dunia ini macam kau boleh hidup lama. Macam semua kat dunia ini kau punya. Sory to say lah nak dapat yang baik-baik. Kalau kita manusia biasa ini pon orang bagi yang tidak baik. Kita dah mula nak berdendam. Dengki. Sakit hati bagai. Kalau dengan Allah. Apatah lagi. Silap-silap Allah bayar cash je kat dunia nih. Allah. Takut. Takut sangat.

Berhentilah. Kau, kau dan kau juga. Layak untuk rasa bahagia. Bertaubatlah. Tinggalkan kisah jahil kau yang dulu. Jangan sesekali kau jatuh sekali lagi dalam lubang yang sama. Cukup, cukup la tuh. Ingat Allah. Jaga iman. Jaga maruah. Apa yang aku cakapkan ini, peringatan untuk aku dan untuk kau juga. Moga Allah simpan yang terbaik. Amin.

Salaam 'Alayk!

1 ulasan: