Sabtu, 3 Mei 2014

Kerana Kau Mampu

Credit to Google
"Aku penat la. Solat sudah. Baca Quran sudah. Kenapa Allah maseh tak makbul doa aku?" (senyum)

Memang kadang-kadang kita akan rasa satu saat bila kita cuba untuk memberi yang baik, tapi tetap. Maseh. Dapat yang tidak baik. Mula rasa tak layak la. Mula rasa putus asa.

Ada orang, tak mintak pon akan dapat apa yang dia nak tanpa dijangka. Itu rezeki. Milik dia. Allah bagi. Sebab itu hak Allah. Allah bagi kepada orang yang dikehendakiNya.

Ada orang, usaha dulu baru dapat. Itu pon rezeki. Allah Maha Pengasih.

Ada orang, baru kahwin. Dapat anak. Bahagia. Ada juga yang Allah ambil sejak dalam kandungan lagi. Sedihkan? Sebab apa Allah ambil? Sebab itu hak Allah. Kau tiada kuasa nak hidupkan semula melainkan dengan izinNya.

Bila kau ditimpa musibah yang kadang-kadang kau tak sangka. Merungut. Kenapa Aku? Kenapa tidak orang? Kenapa? (huhh.. tarik nafas. Tahan. Lepas. Senyum) Sebab kau mampu. Orang lain tak mampu. Allah kan sudah cakap..

"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya.." (Al-Baqarah:287)

(Tunduk, nanges)

Percaya lah bila kau lepaskan semua yang kau sayang sebab Allah ambil. Hak Allah. Kau terima semua dugaan dengan tenang. Dan hanya harap redha dari Allah. Allah bagi kau masalah bukan sebab kau tidak layak untuk rasa bahagia. Mungkin sebab dosa-dosa kau yang lepas. Kau abaikan Dia. Kau abaikan hukum Allah. Kau seronok buat dosa. Lupa Allah. Lupa semua kau ada sekarang, semua Allah punya. Bila Allah cucuk kau sikit dengan masalah baru kau sibuk ingat Dia. (Nanges)

Masalah kau sekarang mungkin kecil dimata orang lain. Tapi, besar bagi kau. Senyumlah pada dunia. Kerana ada Allah. Kau patut untuk kuat. Kau patut berlapang dada untuk terima seadanya. Semua manusia dekat dunia ini sama je tidak akan lari dari masalah. Tapi yang membezakan kita adalah takwa.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Salaam 'Alayk!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan