Jumaat, 2 Mei 2014

Terima Kasih Allah

Credit to Google

So ya.

"Ujian itu hadiah Allah, tanda Dia rindu nak dengar rintihan kita" Biasa dengarkan? Benar.

"Kau senang, boleh la dapat itu ini. Bapak kau sponsor semua."

"Bahagianya hidup kau, semua yang kau nak, semua kau dapat."

Tapi, itulah. Jangan ingat, bila mana kita berada di zon selesa sekarang, hidup kita dari A sampai Z senang. Petik jari, terus jatuh dari langit! (Okay, yang ini hiperbola sangat).

"Dulu Senah itu, susah hidupnya. Sekarang, bukan main rumah, kereta semua besar-besar. Boleh bawa satu kampung pusing satu dunia!"

Okay, itu yang kita nampak. Hanya pada zahirnya. Tapi, dalaman, hanya Allah yang tahu. Ingat, apa yang kita ada sekarang hanyalah pinjaman semata-mata. Apa yang kita ada sekarang ini jugak hanya dengan izinNya. Maseh nak sombong lagi dengan Tuhan? (tunduk, geleng-geleng).

Semua orang ada masa jatuh. Ada masa bangun. Dan semuanya akan ada rintangan dan cabarannya. Kemon lah. Bukan senang nak senang. Melainkan, Allah sudah aturkan perjalanan hidup kau senang senantiasa. Boleh jadikan? Bila mana Allah bekehendak.

Lagi best, bila mana Allah turunkan bertubi-tubi masalah. Dari situ, kau akan rasa hanya Allah boleh tolong kau. Akan ada sentiasa untuk kau. Itulah, fitrah manusia. Bila susah, masa itulah sibuk nak bentang sejadah, mintak macam-macam dekat Allah. Tapi.. Tapi.. Tapi!! Allah nak ke makbul doa aku?

Kita hanyalah hamba. Yang bukan 100% sempurna. Bertaubatlah. Istiqamahlah berbuat baik. Push diri untuk jadi baik. Buatlah walaupun terpaksa. Lama-lama yang terpaksa itulah perkara biasa dalam rutin harian kita. InsyaAllah. Tapi, jangan terlampau drastik. Pelan-pelan kayuh. Takut nanti jatuh bergolek-golek. One more thing, bersangka baik dengan Dia. Pasti tak akan ada rasa kecewa. Akan ada satu saat, baru kau rasa tenangnya hati dan terasa nak senyum sampai ke langit! (Hiperbola. lagi).

Bila kau rasa untuk tinggalkan zaman jahil kau yang dulu. Teruskan. Jangan hanya fikir dan rasa sahaja. Buat. Buktikan! Fikir dan rasa tak akan lengkap dan misi kau pon seakan-akan tergantung tak bertali. InsyaAllah, kau beri baik, kau akan dapat yang baik. Allah tak kan pernah kecewakan hamba yang berbuat baik. (senyum)

Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Allah Maha Besar. (Nanges)

Salaam 'Alayk!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan